Monday 15 October 2012

Kenangan manis di FOA

 
program yg paling gegak gempita teman pernah conduct.. tanggal 13 Oktober 2012 dengan 148 orang peserta, 17 orang petugas luar, 12 VIP's..semua jd fluent..Family on Alert...kepala jadi pusing...trimas wat semuanya.....

Tuesday 2 October 2012

Sepetang sebagai DO bertugas di CCRC

1450hrs - Mengadap Tuan Pengarah untuk mengambil buku log dan barang-barang keperluan. Juga mendengar taklimat daripada beliau.

1455hrs - Punch card. Mengambil jumlah kehadiran PB syif petang di Pos Utama dan kemudiannya ke pejabat Rekod untuk mengambil statistik jumlah penghuni serta ustaz yang bertugas pada petang tersebut. Rondaan secara santai.

1600hrs - Siren dibunyikan. Muster di padang kawad. Jika jumlah penghuni mencukupi, penghuni beredar ke dewan makan untuk minum petang bersama DO dan PB. Tugasan: Merekodkan jenis makanan.

1630hrs - Penghuni Islam ke surau. Selepas solat, diadakan kuliah oleh ustaz bertugas.DO dan PB memantau pergerakan

1730hrs - Memantau aktiviti riadah penghuni di padang kawad.

1830hrs - Siren dibunyikan. Muster di padang kawad. Selepas muster, DO, PB dan penghuni ke dewan makan untuk makan malam. Tugasan: merekod jenis makanan dan memantau penghuni. Kemudian, DO yang rajin akan keluar mencari makanan sendiri.

1930hrs - Pintu asrama akan dikunci. PB akan merekod jumlah penghuni Islam yang ke surau dan penghuni Hindu yang pergi ke kuil. Selepas itu, DO akan ke surau bersama beberapa orang PB yang lain. 

2100hrs - Siren dibunyikan. Muster di asrama. Jumlah kesemua penghuni akan dikira. Pintu asrama akan dikunci.

2245hrs - Menyiapkan catatan terakhir didalam buku log. Melihat perbarisan PB syif malam sambil menunggu di punch card.

2300hrs - Tamat tugas. Serah tugas kepada DO syif malam. 

View My Saved Places in a larger map